TUGASAN PROJEK PSK 3104 |
TAJUK PROGRAM : PGSR PSK | NAMA GURU PELATIH : | ||||
TAJUK KURSUS : PSK 3104 Pembelajaran Berkhidmat Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan | SEMESTER : 7 | ||||
TARIKH MULA | 15/12/2011 | TARIKH HANTAR | Mac 2012 | ||
1. Menjelaskan pengenalan, rasional, dan tujuan Pembelajaran Berkhidmat.
2. Menghuraikan bentuk dan strategi melaksanakan Projek Kewarganegaraan peringkat sekolah rendah (Tahun 4,5 dan 6).
3. Merancang dan melaksanakan Projek Kewarganegaraan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
4. Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.
Objektif Projek
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
- Membuat dan menyediakan kertas kerja mengikut format kertas kerja yang tepat dan betul selaras dengan kehendak dalam sukatan pelajaran.
- Merancang dan melaksanakan projek berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran Tahun 4,5 dan 6.
3. Melaksanakan projek khidmat masyarakat, membuat laporan dan membuatrefleksi tentang projek khidmat masyarat
Tajuk Projek (100%)
Pembelajaran berkhidmat (service learning) atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah adalah elemen utama dalam pendekatan penyertaan pelajar secara aktif dan inter-aktif. Penyertaan pelajar secara aktif dalam sesuatu projek komuniti membantu pelajar mengaplikasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam kelas (mata pelajaran PSK) dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global
Sub tugasan:
1. Berdasarkan satu tema yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran PSK Tahun 4,5 dan 6 sediakan satu kertas kerja (INDIVIDU) yang lengkap bagi melaksanakan projek kemasyarakatan tersebut.
2. Berdasarkan kertas kerja yang telah dibina, anda dikehendaki melaksanakan projek kemasyarakatan tersebut di sekolah masing-masing. Selepas pelaksanaan di sekolah selama 10 jam anda dikehendaki menyediakan laporan dalam bentuk folio yang lengkap.
3. Secara berkumpulan anda dikehendaki merancang, melaksanakan satu projek khidmat masyarakat yang perlu dilaksanakan
pada bulan Mac 2012.
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Tugasan ini perlu disediakan kertas kerja, mengumpulkan data serta bahan-
bahan bukti bagi projek khidmat masyarakat dalam kawasan sekolah.
Cth; mural, penambahbaik pusat sumber, padang sekolah, ruang legar
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan.
5. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
8. Panjang tugasan kertas kerja tidak kurang daripada 15 hingga 20 mukasurat.
9. Tugasan ini membawa markah 100%, (kerja kumpulan 15%, berpasangan 30% dan Individu 40%) dan wajaran 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci bagi tugasan individu
2.
i. Kertas kerja yang dibina mestilah merangkumi:
Matlamat dan tujuan projek
Pemasalahan / bidang tumpuan
Perancangan dan Penjadualan
Pelan tindakan dan penjadualan
Skop penglibatan komuniti institusi / setempat / rakan sebaya/orang sumber / ibu bapa
Melibatkan pihak luar
Kos dan bahan
Kaedah mengumpul maklumat
Membuat refleksi
Meneliti hasil kerja
Meneliti masalah dan cara penyelesaian
Membuat kesimpulan
Memberi cadangan untuk penambahbaikan
Penyimpanan rekod menghasilkan folio:
i. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah bagi tugasan
esei
esei
ii. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong perlaksanaan projek khidmat masyarakat
iii. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan coheren dengan ciri-ciri portfolio
Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.
Markah kerja individu akan diberikan berdasarkan kepada sub tugasan 1 manakala markah akan diberi secara kerja kumpulan berdasarkan kepada sub tugasan 2.
Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh
------------------------------ _______________________
( Dr Malar Muthiah ) ( Ketua Jabatan)
Pensyarah Jabatan Kajian Sosial
==========================================================================
CONTOH KERTAS KERJA
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN
UNIT-UNIT BERUNIFORM
08 – 10 Oktober 2010
PENDAHULUAN
Ke arah usaha untuk menjana dan melahirkan murid yang cemerlang, satu program untuk meningkatkan prestasi murid sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum perlu dilaksanakan. Dalam usaha ini, adalah wajar murid di beri pendedahan dan latihan yang secukupnya agar mampu memberi sumbangan yang lebih bermakna bukan sahaja kepada unit uniform, bahkan kepada bangsa dan negara.
Oleh itu, jawatan kuasa telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk merealisasikan program ini. Program ini dijangka mampu mendorong murid dalam memperteguhkan ketahan diri dari segi mental dan fizikal.
RASIONAL
Perkhemahan ini merupakan satu alternatif untuk melatih murid dengan ilmu unit beruniform yang semakin berkembang maju. Perkhemahan yang akan dijalankan ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menjanjikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Aktiviti ini juga akan mendorong bagi melahirkan pemimpin yang berkebolehan di kalangan murid.
MATLAMAT
Program ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Dengan adanya perkhemahan ini akan dapat merapatkan hubungan antara warga sekolah. Sikap toleransi dan semangat bekerjasama juga akan diterapkan dalam program ini bagi melahirkan warga sekolah yang penyayang dan cemerlang.
OBJEKTIF
- Menyemai penekanan terhadap proses kepimpinan di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum.
- Memberi pendedahan terhadap aktiviti perkhemahan dan cara pengendaliannya kepada murid.
- Memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan cintakan alam sekitar dalam setiap aktiviti.
- Memenuhi sebahagian daripada sukatan rancangan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan..
- Membantu, Membina dan Membentuk motivasi diri murid bagi melahirkan warga sekolah yang cemerlang.
SASARAN
Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Penyertaan murid adalah mengikut unit uniform yang disertai dalam aktiviti kokurikulum. Pihak jawatankuasa telah menetapkan seramai 80 orang murid sahaja yang akan menyertainya. Bilangan guru adalah bergantung kepada keperluan program.
SASARAN : 80 orang murid
: 10 orang guru
Jumlah : 90 orang
TARIKH DAN MASA
Jawatankuasa telah memilih untuk mengadakan perkhemahan ini mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 08 – 10 Oktober 2010
Hari : Jumaat – Ahad
Tempat : Akademik Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM)
PULAPES, Jugra, Banting.
Masa : Sepenuh masa ( Bertolak: 08/10/2010 jam 2.30 ptg dan
Tiba di sekolah: 10/10/2010 jam 1.00 tgh )
BAYARAN
Murid yang berminat untuk menyertai Perkhemahan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00 untuk seorang. Bayaran akan mula dikutip selepas borang penyertaan diedarkan dan murid boleh membuat pembayaran pada atau sebelum 05 Oktober 2010.
KEWANGAN
A) ANGGARAN PENDAPATAN
1. Bilangan peserta ( 80 orang x RM 40.00 ) = RM 3200.00
2. Peruntukan Kokurikulum = RM 3000.00
3. Sumbangan PIBG = RM 1000.00
____________
JUMLAH = RM 7200.00
-------------------
B) ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Penginapan RM 5.00 X 20 khemah X 2 hari = RM 200.00
( Sewa Tapak Perkhemahan )
RM 80.00 x 2 buah x 2 hari = RM 320.00
( Sewa Rumah Perwira )
- Sewaan Dewan Jugra RM 100.00 x 2 hari = RM 200.00
( Dewan Jugra utk urusetia)
- Bayaran Aktiviti RM 30.00 x 80 orang murid = RM 2400.00
( Kayak, Repelling, Flying Fox)
- Makan dan Minum Murid RM 30.00 x 80 orang murid = RM 2400.00
( 11 x makan )
- Pengangkutan RM 700.00 x 2 buah bas = RM 1400.00
- Urusetia = RM 180.00
- Peralatan / Bahan / Lain-lain = RM 100.00
------------------
JUMLAH = RM 7200.00
--------------
JAWATAN KUASA INDUK
Penasihat : Pn. Hjh. Isniwati Bt. Sanusi
Guru Besar SK.Pendamaran Jaya
Pengerusi : Pn.Umadevi A/P Velayuthan
Naib Pengerusi : Pn. Rafeah Bt wahid
: Pn. Norkhatimah Bt Mohd Sidek
: Pn. Hjh. Robingah Bt Kartijo
Setiausaha : En. Afzainizam B Long
Pen. Setiausaha : En. Ahmad Nordin Jaafar
Bendahari : Pn.Umadevi a/p Velayuthan
: En.Afzainizam Long(P)
AJK
: En. Mohd Zamzuri B. Muhamad - Kem.Komandan
: En. Danial Heryanto B Zainal Abidin - Pen. Kem Kom
: En. Mohd Aswad B. Mansor - Penyelaras M/M
: En. Azman B. Abdul Azis - Alatan (Khemah)
: Pn. Faridah Bt Ismail - Buku Program
: En. Othman Zakaria - Pengangkutan
: En. Zulkifli Ibrahim -Aktiviti 1
: Pn. Ruzana Abdul Rahman
: En. Ishak Baharuddin -Aktiviti 2
: En. Mohd Yusof Othman
: Tn. Hj.Fadzli Saharani -Aktiviti 3
: En. Azman Abd Azis
: Cik. Atirah Mustafa -Aktiviti 4
: Cik. Nurnajwa Abdul Latif
: En. Hairul Nizam Mhd Noh -Aktiviti 5
: En. Vijaykumar
JAWATAN KUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn.Umadevi A/P Velayuthan
Penyelaras : En. Afzainizam Long
Kem Komandan : En. Mohd Zamzuri Mohamad
Pen. Kem.Kom : En. Danial Heryanto B Zainal Abidin
AJK Kem Komandan : En. Azman Abdul Azis
: En.Mohd Aswad Mansor
Ketua Aktiviti : En.Zulkifli Ibrahim -Aktiviti 1
: Pn.Ruzana Abdul Rahman
: En.Othman Zakaria
: En. Ishak Baharuddin -Aktiviti 2
: En.Mohd Yusof Othman
: Tn.Hj.Fadzli Saharani -Aktiviti 3
: En. Azman Abd Azis
: Cik. Atirah Mustafa -Aktiviti 4
: Cik Nurnajwa Abdul Latif
: En. Hairul Nizam Mhd Noh -Aktiviti 5
: En.Vijaykumar
AJK Aktiviti : Pn. Maisarah Saifuddin : Pn. Siti Mariam Ismail
: Pn. Sharifah Said : Pn. Siti Norbaya Ibrahim
: Pn. Rafidah Kamarudin : Pn. Meera Nair
: Pn. Norlin Abdul Aziz : Pn. Sujatha a/p Bathmanaban
: Pn. Husnazira Husain : Pn. Azwani Mohd Yusof
: Pn. Nor’ayu Zakaria : Pn. Selvi a/p M.Muthuvelu
: Pn. Ainul Farha Md Ramli : Pn. Norhasnita Ruhaiza
: Cik Nora Mat Yazid : Pn. Norma Ab Talib
: Pn. Wan Haniza Wan Johan : Pn. Noraisah Separi
: Pn. Tati Fauziah Yahaya : Pn. Low Wei Li
: Pn. Ehsah Saad : Pn. Rozana Ibrahim
: Pn. Norehan Mohd Nor : Pn. Asliza Azim
: Pn. Rojumah Tajit : Pn. Intan Mansor
: Pn. Premala Devi : Pn. Rozila Mohd Khalid
: Pn. Muhsonah Abdul Satar : Pn. Rosliza Mat Ali
Peralatan : En. Azman Abd Azis
: En. Afzainizam Long
Kecergasan : En. Afzainizam Long
: Cik. Nurnajwa Abdul Latif
Keselamatan & Kebersihan : Kem.Komandan Bertugas
Buku Program : Pn. Faridah Ismail
: En.Afzainizam Long
Kerohanian & Moral : Tn.Hj. Mohd Nazif Misron
: En. Abdul Malek Rahmat
: En. Ridzuan Mat Ail
TENTATIF PROGRAM
2.30 ptg - Berkumpul di sekolah
2.45 ptg - Bertolak ke Kem ALIM, PULAPES
3.45 tpg - Tiba di Kem ALIM, PULAPES
- Taklimat
- Mendirikan Khemah / persiapan
6.30 ptg - Rehat / Persiapan Diri / Makan Malam / Solat
9.00 mlm - Aktiviti 1 ( Ice Breaking / LDK )
11.00 mlm - Minum malam / Rehat
5.30 pg - Pengurusan Diri / Solat
7.00 pg - Malaysia Cergas / Senaman Pagi
7.30 pg - Sarapan Pagi
8.30 pagi - Aktiviti 2 ( Berkayak / Meredah Hutan )
12.30 tgh - Makan Tengahari / Rehat / Pengurusan Diri / Solat
2.00 ptg - Aktiviti 3 ( Abseiling/Repelling )
6.30 ptg - Rehat / Persiapan Diri / Makan Malam / Solat
9.00 mlm - Aktiviti 4 ( Kebudayaan )
11.00 mlm - Refleksi / Laporan
12.00 mlm - Rehat / Persiapan Diri
5.30 pg - Aktiviti Kerohanian / Solat
7.00 pg - Malaysia Cergas / Senamrobik
7.30 pg - Rehat / Sarapan pagi
8.30 pg - Aktiviti 5 ( Flying Fox )
11.00 pg - Penutupan Kem
12.00 tgh - Bertolak ke sekolah
ALATAN YANG DIPERLUKAN
Bil | Alat / Bahan | Kuantiti |
1. | Khemah Biasa | 20 biji |
2. | Khemah Besar | 1 set |
3. | Pembesar Suara | 4 biji |
4. | PA System | 1 set |
5. | Lampu Suluh | 3 biji |
6. | Kotak Ubat | 1 set |
7. | Poket Fail | 80 pcs |
8. | Kertas A4 | 1 rim |
9. | Kertas Mahjong | 10 helai |
10. | Marker Pen | 1 kotak |
11. | ||
12. |
PERALATAN PESERTA
- Pakaian 2. Peralatan Mandi
Pakaian Unit Uniform Berus Gigi / Ubat Gigi / Sabun
Seluar Trek Hitam/Biru Tuala
Kasut / Kasut Sukan Kain Basahan
Stokin Lain-lain yang perlu
Selipar
Pakaian Solat
Pakaian Peribadi secukupnya
- Lain-lain keperluan
Lampu Suluh
Baju Sejuk
Alat Tulis
Pinggan / Cawan / Sudu
Lain-lain yang diperlukan
MENU MAKANAN
Tarikh | 8/10 | 9/10 | 10/10 |
Sarapan Pagi | Bihun Goreng Air Teh ‘O’ | Mee Goreng Air Teh ‘O’ | |
Minum Pagi | Roti Bun Air Teh | Biskut Air Teh | |
Makan Tgh | Nasi Putih Ikan Masak Sambal Sayur Air / Buah | ||
Minum Ptg | Biskut Air Teh | Sandwich Air Teh | |
Makan Mlm | Nasi Putih Ayam Masak Kicap Sayur Air / Buah | Nasi Putih Ayam Goreng Sayur Air / Buah | |
Minum Mlm | Biskut Air Teh | Biskut Air Teh |
PENUTUP
Adalah menjadi harapan dan kebanggaan kami, Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya 2010 untuk melihat projek yang dicadangkan ini mendapat kelulusan serta pengiktirafan daripada pihak Pentadbiran Sekolah.
Segala cadangan dan saranan yang telah dikemukakan adalah berdasarkaan idea dan pendapat Ahli Jawatankuasa dan pihak Jawatankuasa bersedia untuk mengubah, menukar atau menggugurkan mana-mana cadangan yang didapati kurang sesuai atau tidak perlu.
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk untuk perkhemahan ini akan diadakan secepat mungkin setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Pentadbiran Sekolah. Segala perubahan cadangan akan dikemukakan dalam mesyuarat dan semua keputusan yang dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk adalah diterima untuk dilaksanakan.
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Berunifom 2010
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya telah disediakan oleh :
Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya 2010
Bertarikh : 8 Julai 2010
Kertas Kerja ini dibentang untuk dinilai kepada Pihak Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya
=============================================================
BAHAGIAN A : PENGERUSI / SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGELOLA
Data / maklumat yang diberikan adalah betul
![]() |
Butiran kewangan yang diberikan adalah betul
![]() |
Telah disemak dengan teliti
![]() |
Lampiran Disertakan
.............................. ...........................................
( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
BAHAGIAN B : PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
![]() |
Disahkan betul

DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Ulasan ( jika ada ) : ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
.............................. ...........................................
( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
BAHAGIAN C : GURU BESAR
![]() |
Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai
![]() |
Tempat sesuai / tidak sesuai
![]() |
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Ulasan ( jika ada ) : ............................................................................................................................................
............................................................................................................................................................................
.............................. ...........................................
( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
DENGAN KERJASAMA AGENSI BERIKUT
1. Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya,
42000 Pelabuhan Klang, Selangor.
03-31673389 begin_of_the_skype_highlighting 03-31673389 end_of_the_skype_highlighting
2. Pejabat Pelajaran Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor.
3. Pusat Latihan PenguatKuasa Selangor (PULAPES)
Kampung Permatang Pasir Jugra,
42700 Banting, Selangor.
4. IPD Kuala Langat
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat
Jalan Morib, Off Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor.
5. Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah
42700 Banting, Selangor.
03-31871333 begin_of_the_skype_highlighting 03-31871333 end_of_the_skype_highlighting
6. Bomba Dan Penyelamat Banting
Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
03-31871444 begin_of_the_skype_highlighting 03-31871444 end_of_the_skype_highlighting / 03-31815055 begin_of_the_skype_highlighting 03-31815055 end_of_the_skype_highlighting (Fax)
7. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Selangor.
03-31878772/ 03-31817787 begin_of_the_skype_highlighting 03-31817787 end_of_the_skype_highlighting (Fax)
=====================================================================
CONTOH LAPORAN AKTIVITI
Ahli Jawatankuasa Projek Khidmat Masyarakat
Pengerusi :Yu Ai Loon
Naib Pengerusi :Teoh Kah Cheng
Setiausaha :Phuah YingJia
Bendahari :Tan Yann Yuan
AJK Dokumentasi :Kit Jou Win
Ong Siew Phing
Teoh Khai Fern
AJK Keselamatan :Loo Rui Yi
AJK Cenderamata :Lai Yuh Hwan
Lee Chee Hong
AJK Makanan :Teoh Saw Ean
Chin Yeong Chyi
AJK Sukaneka :Chew Hue Shan
Ooi Hooi San
Gooi Pei Xian
Chan Si Ying
Ng Lee Leen
Neoh Zhen Yi
Tan Yong Ling
AJK Gotong-Royong :Neoh Zhen Yi
Chin Yeong Chyi
Lee Chee Hong
Tan Yann Yuan
Jadual
| Masa | Aktiviti |
| 8.00 pagi | Bertolak dari IPG KSAH |
| 10.00 pagi | Tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik |
| 10.15 pagi | Sarapan pagi |
| 10.45 pagi | Aktiviti Gotong-royong |
| 12.30 tengahari | Makan tengah hari |
| 1.00 petang | Aktiviti Gotong-royong |
| 2.00 petang | Berinteraksi dengan kanak-kanak dan aktiviti sukaneka |
| 4.00 petang | Penutup dan penyampaian cenderahati kepada pihak pusat harian kanak-kanak spastik |
| 4.30 petang | Bertolak pulang ke IPG KSAH |
| 7.00 petang | Tiba di IPG KSAH |
Laporan Aktiviti - Sebelum
Projek Khidmat Masyarakat merupakan projek yang wajib dilaksanakan oleh guru pelatih PISMP- 6A bagi memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek PSK 3104. Pensyarah penasihat projek ini ialah Dr. Malar A/P Muthiah. Selepas perbincangan dengan pensyarah, projek khidmat masyarakat pada kali ini akan dijalankan di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh.
Ahli Jawatankuasa ditubuhkan untuk merancang dan mengelola aktiviti khidmat masyarakat pada kali ini. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Makanan, AJK Dokumentasi, AJK Keselamatan, AJK Cenderamata AJK Sukaneka dan AJK Gotong-royong. Selepas AJK ditubuhkan, ahli-ahli telah menjalankan tugas mereka untuk melicinkan projek pada kali ini.
Ahli-ahli Jawatankuasa telah berbincang dengan pensyarah mengenai tugas-tugas yang akan dijalankan masing-masing. Selepas itu, AJK berbincang dalam kumpulan untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Selepas siap berbincang dalam kumpulan, ketua dikehendaki membentangkan hasilan perbincangan mereka kepada pensyarah dan kelas.
Sebagai contoh, ahli jawatankuasa sukaneka telah menyatakan aktiviti-aktiviti permainan yang disediakan adalah seperti “Kawan Saya”, “Cari-cari”, “Ular Makan Getah”, “Kumpul Emas” dan “Rebut Kerusi”. Di samping itu, bendahari telah mencadangkan kutipan wang setiap orang RM15 untuk membeli cenderamata dan sumbangan kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Maka, pensyarah telah memberi komen dan cadangan yang bernas kepada AJK mengenai kesesuaian aktiviti yang dijalankan semasa berada di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Selepas perbincangan dengan pensyarah, setiap AJK telah menjalankan tugas masing-masing. Misalnya, AJK Keselamatan telah meminjam peti keselamatan dari IPG KSAH sebelum pergi ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Manakala, AJK Sukaneka telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti permainan. AJK Cenderamata telah membeli barang-barang harian sebagai sumbangan kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Pengerusi memastikan semua AJK telah menjalankan tugas masing-masing sepanjang proses penyediaan projek khidmat masyarat tersebut supaya projek tersebut dapat dijalankan dengan licin. Akhirnya, semua ahli telah bersiap sedia untuk pergi ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Gambar
| AJK Sukaneka sedang menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk aktiviti permainan. |
Laporan Aktiviti - Semasa
Pada 22 Jun 2011 (Khamis), kami telah menjalankan projek khidmat masyarakat di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh. Sebanyak tiga orang pensyarah dan 19 orang peserta dari kelas PISMP – 6A telah berkumpul di depan kantin pada pukul 7.45 pagi untuk mengambil kedatangan. Tepat pukul 8.00 pagi, kami bertolak dari IPG KSAH ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh.
Pada pukul 10.00 pagi, kami telah tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik telah mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati terbuka. Selepas itu, Majlis perasmian telah dijalankan. Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Puan Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT telah dijemput untuk telah memberi ucapan. Beliau telah memperkenalkan sejarah pusat dan menggalakkan para guru pelatih mendapat pengalaman dengan kanak-kanak spastik melalui aktiviti kali ini. Diikutinya adalah pensyarah penasihat, Dr. Malar A/P Muthiah dijemput untuk memberi ucapan. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pusat dan menggalakkan guru pelatih dapat memperoleh pengalaman yang berharga melalui projek ini.
Pada pukul 10.15 pagi, kami telah dijemput memakan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Selepas mengambil sarapan pagi, kami memulakan aktiviti gotong-royong bersama dengan murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Antara aktiviti-aktiviti gotong-royong yang dijalankan ialah membersihkan kawasan persekitaran pusat, mengutip sampah sarap di kawasan persekitaran, mengangkat jubin terbuang ke tempat yang selamat dan membersihkan perpustakaan pusat. Kerja-kerja ini telah ditolong oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok. Maka, kerja gotong-royong telah dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukkan.
Pada pukul 12.30 tengahari, aktiviti gotong-royong diberhentikan untuk makan tengahari. Selepas itu, aktiviti gotong-royong telah disambung pada pukul 1.00 petang. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti berinteraksi dengan kanak-kanak dan aktiviti sukaneka telah dijalankan. AJK Sukaneka membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan berdasarkan warna mahkota, iaitu mahkota biru dan merah jambu. AJK Sukaneka membantu kanak-kanak memakai mahkota secara rawak. Kemudian, ketua AJK Sukaneka menerangkan permainan ini dengan meminta kanak-kanak mencari ahli kumpulan masing-masing berdasarkan warna mahkota. Selepas itu, kanak-kanak diminta untuk memperkenalkan diri.
Permainan yang seterusnya ialah “Cari-cari”. Kanak-kanak dikehendaki menunjukkan bahan yang betul mengikuti arahan AJK Sukaneka lalu mengejakan nama bahan itu. Semua kanak-kanak dapat menjawab dengan baik dan betul. Permainan yang berikutnya adalah “Ular Makan Getah”. Kanak-kanak dikehendaki berdiri dalam satu barisan dalam kumpulan masing-masing. Sebahagian guru pelatih juga bermain bersama-sama dengan kanak-kanak. AJK Sukaneka membuat demonstrasi cara bermain lalu memulakan pertandingan. Permainan ini telah dimenangi oleh kumpulan merah jambu.
Permainan yang keempat adalah “Kumpul Emas”. Permainan ini juga dipertanding dalam kumpulan. AJK Sukaneka telah mendemonstrasikan cara permainan ini sebelum memulakan pertandingan ini. Kumpulan yang memenangi permainan ini ialah kumpulan biru. Permainan yang terakhir ialah “Rebut Kerusi”. Semua kanak-kanak dan sebahagian guru pelatih bermain bersama-sama dalam permainan ini. Apabila muzik disiarkan, semua pemain dikehendaki berjalan mengeliling kerusi yang disediakan. Apabila muzik dihentikan, pemain dikehendaki duduk atas kerusi. Sesiapa yang gagal duduk atas kerusi akan disingkir. Pemain yang terakhir ialah pemenang, dan permainan ini telah dimenangi oleh wakil kumpulan merah jambu.
Selepas semua permainan dijalankan, semua guru pelatih, kanak-kanak spastik, pihak pusat dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok bersama-sama menari “Chicken Dance”. Diikutinya adalah penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dalam permainan, tetapi hadiah sagu hati juga disediakan kepada kumpulan yang kalah.
Pada pukul 4.00 petang, majlis penutup dan penyampaian cenderamata telah dijalankan. Selepas bersalam-salaman dengan pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik dan kanak-kanak , kami pun bertolak untuk balik ke IPG KSAH.
Gambar Sebelum Bertolak Dan Semasa Dalam Bas
| Guru pelatih mengangkat barang ke atas bas untuk dibawa ke Ipoh. |
| Pengerusi memberi taklimat kepada guru pelatih semasa dalam bas. |
| AJK membuat persiapan akhir sebelum tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh. |
| Menangkap gambar sebelum bertolak. |
Gambar Selepas Tiba Di Pusat Kanak-Kanak Spastik
| Pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik mengalu-alukan kedatangan kami. |
| Pensyarah memberi taklimat kepada guru pelatih sebelum memulakan aktiviti. |
| Barang-barang yang dibawa telah dikumpulkan bersama. |
| Pensyarah dan Pihak pusat sedang berbincang tentang aktiviti yang akan dijalanan. |
| Guru pelatih mengeluarkan barang-barang yang disediakan untuk diberi kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. |
| Aktiviti Gotong-Royong |
| anak Spastik, Puan Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT dan pensyarah penasihat, Dr. Malar A/P Muthiah memberi ucapan semasa majlis perasmian. |
| Aktiviti Sukaneka |
| Aktiviti “Kawan Saya” & Sesi Memperkenalkan Diri |
| Aktiviti “Cari-cari” |
| Aktiviti “Ular Makan Getah” |
| Aktiviti “Kumpul Emas” |
| Aktiviti “Chicken Dance” |
| Aktiviti “Rebut Kerusi” |
Laporan Aktiviti - Selepas
Selepas balik ke IPG KSAH, kami telah mengadakan mesyuarat untuk membuat refleksi mengenai projek ini. Tujuan membuat refleksi adalah mengetahui kelemahan dan kelebihan sepanjang menjalankan projek ini. Sementara itu, laporan refleksi harus disediakan sebagai rujukan pada masa depan. Jadi, semua AJK dikehendaki membuat refleksi dan menyediakan laporan.
| Pensyarah Pembimbing memberi galakan dan bimbingan kepada guru pelatih selepas tamat aktiviti. |
Majlis Penutup
Pada pukul 4.00 petang, Majlis Penutup telah diadakan. Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Pn. Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT telah memberi ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan sumbangan para guru pelatih. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan para guru pelatih pada masa depan. Selepas itu, Beliau telah menyampaikan cenderahati kepada Dr. Malar A/P Muthiah sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Di samping itu, beliau juga menyampaikan cenderahati kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah.
Pada akhirnya, semua orang dikumpul bersama untuk mengambil gambar. Selepas bersalam-salaman dengan pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik dan kanak-kanak , kami pun bertolak untuk balik ke IPG KSAH.
| Menangkap gambar bersama dengan Pusat Harian Kanak-kanak Spastik serta pelajar SMK Merbok. |
| Aktiviti bersalam-salaman sebelum balik ke IPG KSAH. |
| Cenderahati diberi daripada Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik kepada pensyarah pembimbing IPG KSAH dan wakil SMK Merbok, Kedah. |


