
Tun Sambanthan
- Nama sebenar Tun Sambanthan ialah Thirunyana. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak.
- Bapanya Veerasamy berasal dari Mimisal, sebuah pekan di pinggir Tanjore di India Selatan.
- Tun Sambanthan memulakan pendidikan rendah di sekolah aliran Tamil, melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar.
- Tun Sambanthan melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dalam bidang ekonomi dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut.
- Aktif berpersatuan dan menyertai gerakan Quit-India.
- Beliau menubuhkan Sekolah Tamil Mahatma Gandhi yang dirasmikan pada 14 Ogos 1954.
- Dilantik sebagai Presiden MIC pada tahun 1955 dan menjadi presiden pertama yang menyatukan kesetiaan orang India kepada parti perikatan.
- Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden MIC ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun Sambanthan dilantik menjadi Menteri penuh dalam pelbagai kementerian.
- Menjadi Menteri Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi dan Menteri Perpaduan.
- Tun Sambantahan terlibat dalam beberapa peristiwa penting negara seperti Penubuhan Malaysia.
- Terlibat dalam penubuhan Koperasi Permodalan Tanah Berhad.
- Beliau telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia
- Beliau meninggal dunia pada 17 Mei 1979 akibat sakit jantung.
No comments:
Post a Comment