Monday, October 10, 2011

Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (2009 - kini)


Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS)
 najib_tun_razak
Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.
Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.
Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.
Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

BIODATA

Perdana Menteri Malaysia Keenam3 April 2009 – Kini
Timbalan Perdana Menteri31 Oktober 2004 – 2 April 2009
Menteri Kewangan17 September 2008 - Kini
Menteri Pertahanan1999 – 2008
 Menteri Pendidikan1995-1999
Menteri Pertahanan1990-1995
Menteri Belia dan Sukan1987-1990
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan1986-1987
Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan1981-1982
Timbalan Menteri Pelajaran1980-1981
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos1978-1980
Eksekutif Petronas1974-1976

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
                Norashman Razak


Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

Y.A.B Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi


paklah
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.


Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.


Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981.
Tun Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.


Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.

Tun Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka dikurniakan dua cahaya mata. Selepas kematian Datin Seri Endon, Tun telah berkahwin dengan Datin Seri Jean Abdullah.

Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


mahathir
Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20hb. Disember, 1925 bersamaan 4 Jamadilakhir 1344, di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris, dikenali dengan panggilan "Master", juga adalah Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid. Antara murid-murid ayahnya termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.


Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik (lima lelaki dan tiga perempuan) Ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hanafi mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' (Wan Mohamad Saman Canal atau Sungai Korok).


Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star di mana beliau tamat pelajaran menengah di peringkat Senior Cambridge. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953.


Setelah lulus, Dr. Mahathir bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, beliau dilantik menjadi pegawai perubatan dan pernah bertugas di Hospital Besar Alor Star, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik, mula-mula di Jalan Tunku Ibrahim dan kemudian berpindah ke Pekan Melayu, Alor Star. Ini merupakan klinik anak Melayu yang pertama di Alor Star.

Penglibatannya dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau bergerak cergas dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya dalam UMNO. Sewaktu di Universiti Malaya, Singapura beliau bersama dengan beberapa orang pelajar Melayu yang sedar telah mengemukakan satu memorandum menentang cadangan undang-undang kerakyatan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perhubungan Kaum mengikut arahan British.


Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dalam pilihanraya umum sebagai calon Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1964. Dengan kemenangannya dalam pilihanraya itu, beliau menjadi seorang 'back bencher' yang aktif dalam mengemukakan berbagai pendapat dan syor untuk pertimbangan Kerajaan.
Bagi menghadapi propaganda Regim Sukarno terhadap Malaysia, beliau telah mengetuai rombongan Malaysia ke Persidangan Afro-Asian Peoples Solidarity Organisation di Ghana dan juga ke Persidangan World Assembly of Youth di Amherst, Amerika Syarikat. Pada masa itu sudah ternampak kecenderungannya terhadap satu dasar luar yang lebih bebas dan imaginatif supaya dapat menjamin keselamatan Malaysia serta penerimaannya oleh negara-negara lain.


Dalam pilihanraya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum itu, Dr. Mahathir tewas di tangan calon PAS. Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara. Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7hb. Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak.

Perlantikan ini mengiktiraf minat Dr. Mahathir yang mendalam dalam bidang pengetahuan dan pendidikan. Pada tahun 1966 lagi beliau telah dilantik sebagai Pengerusi yang pertama Majlis Pelancaran Tinggi yang baru ditubuh.


Pada tahun 1972 beliau menjadi Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah membuat banyak perubahan-perubahan ke arah memesatkan lagi perkembangan pelajaran termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi. Dr. Mahathir pada kemudian hari berusaha menubuhkan Universiti ke 6, dikenali dengan Universiti Utara Malaysia.


Dengan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdul Razak pada awal tahun 1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru telah melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri. Ketika dilantik ke jawatan itu, Dr. Mahathir merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO. Beliau mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pelajaran. Dalam rombakan Kabinet pada 1hb. Januari, 1978, beliau berubah "portfolio" dari Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.


Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding dan dalam Perhimpunan Agung UMNO Jun 1981 menjadi Presiden, juga tanpa bertanding. Berikutan dengan keputusan Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir secara otomatis menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)


tun_hussein
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.


Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.


Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.


Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.


Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, malangnya parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik, beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.


Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur, dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.
Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk mengenai masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Pada masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.


Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.
Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.


Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah negara- negara barat dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977, krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.
UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS. Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara, Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut. Dalam bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang mengembalikan kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.


Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang bermanifesto "A man whom you can trust" (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan 131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri.

Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.

Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein (1970-1976)


tarazak
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap tahun beliau dapat menggondol hadiah-hadiah dalam kelas.


Sewajarnyalah beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke Raftles College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. Semasa di Maktab Melayu dan Raffles College itu, beliau aktif di dalam persatuan dan aktiviti sukan. Kecekapannya terbukti lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan.


Semasa di London, Tun Abdul Razak tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya. Beliau menggunakan masa yang ada untuk mendalami bidang politik dan memupuk konsep hidup dengan pemikiran yang luas. Aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar, beliau kemudiannya menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana kematian ayahnya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.


Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini diikuti pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada Ihb. Februari, 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dari sini bermulalah satu percantuman tenaga yang bersejarah dan begitu gigih dalam perjuangan mencapai kemerdekaan dan seterusnya membina sebuah negara yang maju. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955.

Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35 tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun.


Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Halehwal Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak 1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dengan menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama di semua sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.


Konsep demokrasi Tun Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara sangat besar ertinya sebab menurut beliau benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara bukan sahaja terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan.

Gerakan pembangunan luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku Merah" yang dilengkapi dengan "Bilik Gerakan" yang mencatitkan butir-butir rancangan setiap daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut.


Tun telah berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani setimpal dengan usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi Kerajaan untuk mencapai matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Negeri-Negeri. Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah yang dibuka, jenis-jenis tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang disekolahkan, berbagai perusahaan dan kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan teknik yang disediakan.
Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputra secara lebih pesat dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti MARA, PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan.


Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang bersejarah di Malaysia walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-pihak yang tertentu. Ketokohan Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian. Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian.

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1957-1970)


tgrahman
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya Sultan Abdul Hamid adalah memerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand.

Ini bermakna Tunku diiahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain. Beliau putera raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya,tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi tahkta kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi pemimpin rakyat seluruh negara Pemerintahnya itu tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.

Pada waktu kecilnya belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai.
Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Kemudiannya beliau dihantarkan oleh keluarganya ke seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine's College, Universiti Cambridge, England.


Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau adalah orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau pulang ke Tanah Melayu dengan ijazah tetapi abang tuanya, menghantarnya kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner Temple. Nampaknya kali ini beliau tidak begitu berminat dalam pelajarannya; hasilnya Tunku gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1931.


Apabila kembali ke tanahair Tunku bertugas dalam perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan antara lainnya pemegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Kulim dan Sungai Patani. Di waktu perang Jepun, Tunku memainkan peranan yang penting menyelamatkan keluarganya. Apabila ayahandanya Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British ke Pulau Pinang supaya terselamat dari serangan Jepun, Tunku menculiknya dan membawanya ke Kulim. Di sanalah ayahandanya tinggal bersama-sama rakyat di waktu pendudukan Jepun.


Dalam pergi mencari seorang Kapten Melayu yang hilang di Singapura, Tunku telah didapati oleh askar Jepun di check point Johor Bahru ada memilik sepucuk pistol. Beliau nyaris-nyaris ditembak di situ juga kalau tidak dengan takdir Tuhan beliau sempat mengeluarkan surat kuasa dari tentera Jepun di Kedah.

Wednesday, September 28, 2011

TUN TAN CHENG LOCK




tun-tan-cheng-lock2



Tun Tan Cheng Lock
  • Tun Tan Chen Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka.
  • Berasal daripada keluarga berada dan mendapat pendidikan di sekolah Iggeris.
  • Mendapat pendidikan di Malacca High School dan Raffles Institution, Singapura.
  • Bertugas sebagai guru di Raffles Institution selama enam tahun.
  • Bekerja sebagai penolong pengurus di estet getah sepupunya sebelum membuka syarikat getah sendiri.
  • Dilantik menjadi anggota tidak rasmi Majlis Perbandaran Melaka pada tahun 1912.
  • Pada tahun 1923 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat
  • Orang Asia pertama dilantik ke Majlis Eksekutif Negeri-negeri Selat.
  • Merupakan salah seorang pemimpin paling awal membayangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Dilantik sebagai Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat dan memasuki Majlis Tindakan Bersama Se-Tanah Melayu (PUTERA-AMCJA)
  • Sejak meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau bergiat dalam Persatuan Rakyat British Keturunan Cina Selat( Straits Chinese British Association)
  • Pada tahun 1943 beliau menubuhkan Persatuan Orang Cina Seberang Laut India.
  • Usaha Tun Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin Cina lain seperti Tun Leong Yew Koh akhirnya melahirkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) PADA Februari 1949.
  • Seorang pemimpin berjiwa rakyat
  • Perjuangan Tun Tan Cheng Lock telah diteruskan oleh anaknya Tun Tan Siew Sin.
  • Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 196

TUN SAMBANTHAN




tun-sambanthan2
Tun Sambanthan
  • Nama sebenar Tun Sambanthan ialah Thirunyana. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak.
  • Bapanya Veerasamy berasal dari Mimisal, sebuah pekan di pinggir Tanjore di India Selatan.
  • Tun Sambanthan memulakan pendidikan rendah di sekolah aliran Tamil, melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar.
  • Tun Sambanthan melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dalam bidang ekonomi dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut.
  • Aktif berpersatuan dan menyertai gerakan Quit-India.
  • Beliau menubuhkan Sekolah Tamil Mahatma Gandhi yang dirasmikan pada 14 Ogos 1954.
  • Dilantik sebagai Presiden MIC pada tahun 1955 dan menjadi presiden pertama yang menyatukan kesetiaan orang India kepada parti perikatan.
  • Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden MIC ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun Sambanthan dilantik menjadi Menteri penuh dalam pelbagai kementerian.
  • Menjadi Menteri Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi dan Menteri Perpaduan.
  • Tun Sambantahan terlibat dalam beberapa peristiwa penting negara seperti Penubuhan Malaysia.
  • Terlibat dalam penubuhan  Koperasi Permodalan Tanah Berhad.
  • Beliau telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia
  • Beliau meninggal dunia pada 17 Mei 1979 akibat sakit jantung.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ




tunku_bapamrdka2
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan di Istana Tiga Tingkat, Alor Star, Kedah pada 8 Februari 1903. Beliau adalah putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke 24. Ayahandanya mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Che’ Menjalara, berketurunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak, seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand.
Tunku memulakan persekolahan formal ketika berumur enam tahun, di sekolah Melayu di Alor Setar, kemudian di Government English School. Ketika berumur 10 tahun, Tunku telah dihantar ke Bangkok untuk tinggal bersama kekanda sulungnya Tunku Yusuf dan belajar di Sekolah Debsurin. Pada tahun 1915, setelah Yusuf pulang ke rahmatullah, Tunku telah kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free School. Tunku telah melanjutkan pengajian di St. Catherine College, Universiti Cambridge dalam bidang perundangan pada tahun 1920 dengan biasiswa Negeri Kedah.

Beliau adalah orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau pulang ke Tanah Melayu dengan ijazah tetapi abang tuanya, menghantarnya kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner Temple.  Tunku telah gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1931.
Apabila kembali ke tanahair Tunku bertugas dalam perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan antara lainnya memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Kulim dan Sungai Patani. Di waktu perang Jepun, Tunku memainkan peranan yang penting menyelamatkan keluarganya. Apabila ayahandanya Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British ke Pulau Pinang supaya terselamat dari serangan Jepun, Tunku menculiknya dan membawanya ke Kulim. Di sanalah ayahandanya tinggal bersama-sama rakyat di waktu pendudukan Jepun.
Pada tahun 1940 Tunku telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan sebagai Penyelia Pendidikan pada tahun 1941. Pada tahun 1947 Tunku memasuki Inns of Court di England dan lulus dalam bidang undang-undang pada tahun 1949. Setelah pulang ke Kedah Tunku telah melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan Meriam Chong dan dikurniakan dua orang anak iaitu Tungku Ahmad Nerang Putera dan Tungku Khadijah. Selepas kematian Meriam, Tunku Abdul Rahman telah berkahwin dengan Tun Syarifah Rodziah Syed Alwi Barakbah yang merupakan anak kepada seorang pegawai kerajaan yang terkenal di Alor Setar.

IKS MEMACU EKONOMI NEGARA


IKS MEMACU EKONOMI NEGARA

IKS berfungsi bagi membantu asas industri negara. Ini untuk mengelak pergantungan daripada sensitiviti ekonomi global. IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh terutama dalam perhubungan ekonomi jangka masa.
IKS merupakan nadi serta enjin pelaburan domestik dalam menjana ekonomi Malaysia. Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Satu pelan perusahaan atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh 2010 hingga 2020 akan dirangka dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru (MEB).

IKS telah memberi sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap.  IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing. Selain itu mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

IKS perlu membuat jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan dengan sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini adalah pelengkap kepada industri IKS. Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang  maju.

Hal ini demikian adalah penting kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri. Penglibatan IKS yang aktif dan dalam pelbagai sektor juga membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas sekiranya terdapat penarikan operasi dan pelaburan dari sektor swasta dan awam.

Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh dapat mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar. Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri tertentu seperti pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah, pakaian, peralatan perabot dan seumpamanya.

Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru  yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini juga menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.

Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna.
Sumber: Perdana Leadership Foundation

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA


DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Latar Belakang
Di  dalam  dekad  50-an  dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan  sebagai  usaha  untuk  mempelbagaikan ekonomi  negara  yang  pada  masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini  tidak  stabil,  kerajaan  telah   melancarkan   program perindustrian  untuk  mencetuskan  perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa  itu  adalah  tertumpu  kepada  industri-industri  yang bercorak gantian import.

Sejak   tahun  70-an,  kerajaan  di  samping  mempelbagaikan ekonomi  telah  menitikberatkan  pertumbuhan  industri  yang lebih  pesat  untuk  menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan  telah  diberikan kepada   industri-industri   yang   berasaskan  eksport  dan industri yang mengunakan ramai buruh.
Mulai  tahun  80-an  pula,  program   perindustrian   negara mengalami   satu   lagi  perkembangan  menerusi  penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan  menambahkan  kemahiran  rakyat  di bidang  teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan  secara  langsung  di  dalam  merancang,  melaksana, membiayai  dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor  swasta  tidak  mampu  menanggung  perbelanjaan  atau menghadapi  risiko  dalam  mengendalikan  projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga  hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.
Walaupun  pada  keseluruhannya  perkembangan industri negara dalam  tahun-tahun  60-an,  70-an  dan  awal  80-an   adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam  sektor  ini.  Misalnya,  pertumbuhan  sektor  eksport adalah  tidak  begitu  memuaskan  jika  dibandingkan  dengan sektor   dalam   negeri.   Eksport  barang-barang  pembuatan Malaysia  terlalu  bergantung  kepada  segelintir   industri sahaja  seperti  elektrik  dan  elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan  keluaran  negara-negara  asing. Ini   disebabkan  tahap  teknologi  yang  masih  rendah  dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan  untuk  mempertingkatkan atau  memperbaharui  teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait  di  antara  sektor perindustrian  dengan  sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration.)    Industri-industri  yang  ditubuhkan juga  kurang  mempunyai  nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti  pemasangan  sahaja.  Oleh itu,   sekiranya   sektor  perindustrian  dikehendaki  terus memainkan peranan utama dalam pembangunan  negara,  perlulah diwujudkan  matlamat-  matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.
Selaras  dengan   hasrat   untuk   mengenalpasti   kelemahan ciri-ciri   struktur   serta  mengatasinya,  kerajaan  telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983,  iaitu  Kajian Dasar   Perindustrian   Malaysia   (KDPM)  dan  Pelan  Induk Perindustrian (PIP).    KDPM  benujuan  untuk  menyemak  dan mengubahsuai  dasar-dasar  perindustrian  negara  yang sedia ada  dan  mengkaji  semula  galakan-galakan  pelaburan   dan dasar-dasar  peningkatan eksport.   PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi  untuk  sektor-sektor  kecil yang  berpotensi  untuk  tumbuh  dengan  pesat.  Dasar utama perindustrian telah mengambil  kira  beberapa  prinsip  asas yang terkandung di dalam  perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.
Rasional
Pengguba!an dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan  untuk  mempergiatkan  lagi  proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985 - 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara.  Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara  serentak  mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk   mengenalpasti   dan   mengatasi  kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan  ini.  Seandainya  masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan  yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar  dari  segi  menambah  eksport,  mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.
Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang   kukuh   bagi   negara   ini   menjadi  sebuah  negara perindustrian   yang   maju.    Jelas    di    negara-negara perindustrian  yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada  sektor   perkhidmatan)   merupakan   sektor   yang terpenting  dalam  menggerakkan  jentera pembangunan negara. Banyak  negara  maju  dan  negara  perindustrian   dahulunya merupakan  negara- negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana   mereka   memasuki   bidang   perindustrian   dengan bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah maju. Walaupun   bidang   pertanian  di  Malaysia  merupakan  satu kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin  dapat  mewujudkan  peluang-peluang  pekerjaan  bagi puluhan  ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.
Objektif
Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP) Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh  Menteri Perdagangan  dan  Perindustrian  pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
  1. Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuh perindustrian negara.
  2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber  asli  negara dan
  3. Meninggikan  tahap  penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
Strategi Pelaksanaan
Strategi Pelan Induk Perindustrian
Untuk  mencapai  matlamat-matlamat   tersebut,   PIP   telah mengenalpasti   12   sektor   industri   yang  patut  diberi penekanan.   Tujuh daripada sektor-sektor  ini  adalah  yang berasaskan  sumber  tempatan  iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan  sumber  iaitu eletrik  dan  eletronik,  peralatan  pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan  tekstil  dan  pakaian.

Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP  juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya  Malaysia  dapat   mencapai   taraf   sebuah   negara perindustrian:
  1. Melaksanakan  dasar  perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi,  Malaysia  harus  menumpukan  kepada   pengeksportan keluaran-keluaran  perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang  lebih tinggi dan lebih kompetitif;
  2. Memajukan  secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk  eksport  dan  mempelbagai  serta  meningkatkan industri-industri  bukan  berasaskan  sumber  untuk eksport. Dari   12   sektor   industri   yang   terpilih,    beberapa keluaran/industri       telah      dikenalpasti      sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
  3. Memajukan  industri-industri   berat   terpilih   untuk menyokong  industri-industri  eksport.  Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam  beberapa  jenis  industri  berat.  Usaha-usaha  perlu ditumpukan  kepada  memastikan  kejayaan  projek-projek  itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri  berat  yang lain.
  4. Memaju  dan  menggunakan  sistem  perkhidmatan  maklumat yang  bersepadu;
  5. Membangunkan  teknologi  dan tenaga rakyat;
  6. Mengurangkan  perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan  memberi  tumpuan  kepada  pertumbuhan  industri- industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur   yang   diperlukan.  Penubuhan  industri-industri  diutamakan  di sepanjang  western  corridor di pantai barat Semenanjung  yang  mempunyai hampir 75 - 80 peratus  penduduk dan di mini corridor  di pantai timur. Semenanjung,  dengan  tumpuan  di  kawasan  sekitar Kota Bharu, Kuala  Terengganu  dan  Kuantan,  dan  di bandar-bandar  di Sabah   dan  Sarawak  seperti  Kota Kinabalu,Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;
  7. Memoden  dan  menyusun  semula   struktur  perindustrian dengan  mempertingkatkan  pembangunan  industri-industri kecil dan  sederhana  kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses  perindustrian  seperti yang ternyata di negara Taiwan  dan  menyusun  semula   industri-industri yang  kurang  berkesan  tetapi   penting  dalam  ekonomi negara;
  8. Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan sektor pembuatan; dan
  9. Menyusun semula sistem galakan  perindustrian yang sedia ada untuk  memupuk  kecekapan  dan  daya  bersaing  yang lebih tinggi.
Penutup
 PIP  merangkumi  strategi-strategi  dan langkah-langkah yang boleh  membawa  Malaysia  ke   dalam   era   sebuah   negara perindustrian  dan  seterusnya  menjadi  teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi  Malaysia  akan lebih  diterajui  oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang  outward-looking. Sejauh  mana  ini  akan  mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan  pekilang-pekilang  di  Malaysia  mengekal, jika  tidakpun  meningkatkan  lagi,  daya  saing  di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran itu.

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA(DPN3)


DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA(DPN3)

Objektif
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk:
i Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
ii Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iii Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
iv Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
v Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan

pertanian-negara2
Sektor Pertanian boleh menjadi  enji kedua yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara serta menghapuskan kemiskinan di kalangan para petani
Semua ini memerlukan pendekatan dan teras strategik yang baru untuk mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dan perhutanan kepada petumbuhan ekonomi. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).
Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi, justeru, membuka peluang untuk dibangunkan bersama. Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut. Pendekatan ini akan memberi manfaat-manfaat berikut: 
  • Mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian, mengoptimakan penggunaan sumber terutama tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari pelaburan-pelaburan perhutani;  
  • Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian yang baru; 
  • Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan tanah dan memaksimakan pulangan; dan 
  • Memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Ini akan menggalakkan penyertaan sektor swasta di dalam kegiatan tanaman hutan komersil dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri berasaskan kayu.
Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Pendekatan berasaskan komoditi yang diamalkan sekarang telah menghadkan keupayaan dan keberkesanan sektor pertanian untuk menembusi pasaran yang bersegmen dan bernilai tinggi. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Permintaan dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi-strategi pengeluaran pertanian huluan. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian. Pendekatan ini akan dapat :- 
  • Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti di dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan. 
  • Meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola citarasa pengguna kepada pengeluar di peringkat ladang. Ini akan menggalakkan pengeluaran produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi, membantu penghasilan perbezaan produk dan meningkatkan nilai ditambah produk-produk pertanian bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran tempatan dan antarabangsa. 
  • Mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran. Penggunaan petunjuk-petunjuk pasaran yang disalurkan kepada pengeluar akan memudahkan mereka membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran berasaskan pertanian dan aktiviti ekonomi yang lain. Ini akan meluaskan lagi skop pembangunan pertanian dan perhutanan serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan dalam bidang-bidang perniagaan yang lebih luas melalui satu sistem rangkaian aktiviti pertanian dengan aktiviti sektor lain. Rangkaian ini termasuk penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta penjanaan teknologi, pengeluaran dan pemprosesan primer, pengeluaran produk-produk pertengahan dan guna akhir, pengedaran dan perkhidmatan pemasaran serta produk akhir kepada pengguna.
Berasaskan pendekatan dan teras strategi yang baru ini, sektor pertanian dijangka mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 2.4% setahun di sepanjang tempoh DPN3. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka turun daripada 13.5% dalam tahun 1995 kepada 7.1% dalam tahun 2010. Penurunan ini adalah selaras dengan perubahan keseluruhan struktur ekonomi yang dialami oleh kebanyakan negara maju di mana sektor pertanian adalah didorong oleh peningkatan produktiviti melalui penggunaan teknologi secara intensif, petani yang berpengetahuan di dalam amalan-amalan pertanian serta pembangunan industri-industri baru yang berasaskan pertanian. Kekurangan tenaga buruh yang berterusan dan persaingan faktor-faktor pengeluaran yang lain dijangka mengurangkan lagi sumbangan getah dan koko kepada KDNK pertanian, masing-masing daripada 10.6% dan 4.4% dalam tahun 1995 kepada 5.1% dan 2.9% dalam tahun 2010. Sumbangan kayu gergaji juga dijangka turun daripada 13.9% kepada hanya 5.3% dalam tempoh yang sama, seiring dengan dasar pengurusan hutan yang mampan.
Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.
Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan.
Jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian akan berkurangan sebanyak 2.8% setahun daripada 1,429,000 pekerja dalam tahun 1995 kepada 930,000 pekerja dalam tahun 2010. Ia akan dilaksanakan melalui usaha-usaha mempertingkatkan penggunaan sistem pengeluaran intensif berautomasi dan mekanisasi serta mengurangkan perusahaan-perusahaan pertanian yang berintensif buruh. Peningkatan kawasan penggunaan tanah pertanian dijangka akan menjadi terhad dalam tempoh ini disebabkan kekurangan tanah, tenaga buruh serta peningkatan kos pengeluaran. Oleh itu, pengeluaran dijangka bertambah melalui peningkatan produktiviti. Produktiviti pekerja dijangka meningkat daripada RM11,360 kepada RM24,730 setiap pekerja dalam tempoh yang sama. Ini mencerminkan penekanan yang diberi kepada teknologi jimat buruh, inovasi dan pengurusan ladang yang lebih cekap.
Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif walaupun peluasan guna tanah adalah sederhana. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.
Sumber Maklumat: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia

Tuesday, September 27, 2011

Bunga Kebangsaan


BUNGA KEBANGSAAN

bunga_raya

hibiscus_garden_kuala_lumpur

Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai.
Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

LAGU KEBANGSAAN


LAGU KEBANGSAAN

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Sejarah Lagu Negaraku
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama “Negaraku” dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. “Negaraku” menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.
Skor lagu “Negaraku” telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan “Negaraku” diperdengarkan buat julung kalinya pada 31Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Negaraku”. Bermula dari detik inilah, lagu “Negaraku” terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Klik Jer

Anda Juga Mungkin Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

laungan kemerdekaan

============= Perarakan Hari Kemerdekaan==============